Paper Bag Scarecrow Craft

Tarikh : 25.04.2009 - Sabtu

Aktiviti : Paper Bag Scarerow Craft

Penyertaan : 28 orang kanak-kanak

Mentor : Puan Zalifah Bt Mansor

Penerangan : Aktiviti kali ini menggunakan papaer bag yang terpakai, antara bahan-bahan lain seperti surat khabar, gam, gunting, template untuk topi. Aktiviti ini di jalan secara berkumpulan memandangkan banyak langkah-langkah yang perlu di jalankan.

Langkah Pertama :
Mewarna templat topi, kemudian gunting gambar tersebut.

Langkah Kedua :
Membuat muka Scarecrow menggunakan paper bag dan di tampal dengan kertas a4 warna ( memandangkan paper bag mempunyai corak berbunga-bunga)

Langkah Ketiga :
Memotong surat khabar lama, bercorakkan rambut.

Langkah Keempat :
Setelah selesai bolehlah menampalkan semua bahan ke atas muka Scarecrow tersebut..

Ok Siap..


Kraftangan Kertas

Tarikh : 24.04.2009 - Jumaat

Aktiviti : Kraftangan Kertas

Penyertaan : 25 dewasa & 2 remaja

Mentor : Puan Jamilah Mohamed & Puan Khadijah (daripada Persatuan Wanita Kg. Titi Teras )

Bekerjasama dengan PPIK Kg. Titi Teras & Persatuan Wanita Kg. Titi Teras

Penerangan : Kraftangan kertas ini mengunakan surat khabar lama yang di bentuk menjadikan pelbagai hiasan seperti pasu bunga malah boleh dijadikan cenderahati yang menarik. Untuk minggu pertama peserta diberi penerangan dan membuat perkara asas dahalu seperti menggulungkan surat khabar.

Bahan-bahan : Surat khabar lama, dawai, lidi, gam , gunting dan syerlik



Jom lihat contoh yang hiasan yang telah siap.



Belajar Mengulung Kertas



Aktviti kraftangan kertas ini akan bersambung pada minggu hadapan..jangan lupa datanglah beramai-ramai...

Flower Basket

Tarikh : 17.04.2009

Aktiviti : Flower Basket

Ketegori : Kanak -kanak

Penyertaan : 24 orang kanak-kanak

Penerangan : Peserta di berikan corak bakul dan bunga, kemudian perlu mewarna, mengunting dan mengias mengikut kreativiti masing-masing. Di bahagiakan kepada kumpulan. Satu kumpulan mempunyai 4 orang perserta. Cantik dan menarik..Mungkin aktiviti ini akan di buat sekali lagi memandangkan permintaan daripada peserta untuk di berikan kepada guru dan ibu sempena hari guru dan ibu nanti..

Okey nanti kita buat besar sikit bolehlah letak bunga banyak-banyak sikit...



















Glasses


Tarikh : 11.4.2009 - Sabtu

Aktiviti : Star, Heart & Star Shaped Glasses

Ketegori : Kanak-kanak

Penyertaan : 23 orang kanak-kanak

Penerangan : Mewarna gambar, kemudian gunting dan tampalkan bingkai tersebut. Bagi yang kreatif boleh la menampalkan plastik berwarna menjadikan glasses lebih menarik..














Bunny And Chiks Stick

Tarikh : 03.04.2009

Aktiviti : Bunny and chiks stick

Penerangan : Mewarna dan mengunting gambar bunny and chiks kemudian tampalkan ke atas lidi. Hasilnya juga boleh di jadikan puppet comel

Penyertaan : 18 orang kanak-kanak

Sekolah Pendidikan Khas

Promosi Perpustakaan giat dijalankan...
semuanya untuk mempertabatkan perpustakaan sebagai gedung sumber ilmu...

Kunjungan kali ini adalah sekolah Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Titi Teras.

Terima kasih kepada guru-guru serta para pembantu yang menjayakan promosi kali ini...

Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air laut renang-renangan;

Budi sedikit tidakkan hilang,

Itu menjadi kenang-kenangan.


Klik..Promosi


Kau Teristimewa.....

Karnival Gempaq TGI 2009

Salam semua..promosi kali di Perkarangan Pasar Awam Balik Pulau...

Tarikh : 29.03.2009 - Ahad

Bertempat : Perkarangan Pasar Awam Balik Pulau

Sempena : Karnival Gempaq TGI 2009

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan, pameran dari Jabatan Kesihatan Daerah Barat Daya, Jabatan BOMBA Balik Pulau, Gerai Jualan dan banyak lagi....

Keterangan lanjut layari blog PDSI Sg. Burong

 

Blog Template by YummyLolly.com / Header Butterfly by Pixels + Ice Cream