Gambar Badut

Tarikh : 24.10.2009 - Sabtu

Aktiviti : Gambar badut

Penyertaan : 16 orang kanak-kanak

Penerangan : Mencantum gambar-gambar badut yang telah di campur aduk dengan pelbagai gambar lain

Ada peserta yang melekatkan gambar yang tidak berkenaan..jom lihat hasil gambar

Cantuman Gambar Yang Terbaik



Kena Cuba Lagi




Masquerade Mask

Tarikh : 23.10.2009 -Jumaat

Aktiviti : Masquerade Mask

Penyertaan : 28 orang kanak-kanak

Penerangan : menghasilkan mask yang boleh di gunakan untuk party hari jadi..pelbagai bentuk yang dihasilkan.









Pantas Matematik

Tarikh : 16.10.2009 - Jumaat

Aktiviti : Pantas matematik

Penyertaan : 23 orang kanak-kanak

Penerangan : Peserta di kehendaki mencari jumlah hasil tambah, kemudian warnakan gambar mengikut kod warna yang di berikan. Jumlah yang tepat akan menghasilkan warna yang betul.







Fruit Basket

Tarikh : 09.10.2009 - Jumaat

Aktiviti : Fruit Basket

Penyertaan : 18 org kanak-kanak

Penerangan : Aktiviti kali ini di jalankan secara berkumpulan memandangkan aktiviti kali ini memerlukan beberapa langkah. Untuk permulaan mereka perlu mewarna gambar buah-buahan tersebut, setelah siap barulah langkah kedua iaitu mengunting bambar buah-buahan dan gambar bakul dan langkah terakhir melekatkan semua gambar tersebut mengikut kreativiti masing-masing.










Perasmian i-play toy Library



Perasmian i-play toy library telah di adakan di Perpustakaan Kanak-kanak Pulau Pinang

Tarikh : 03 Oktober 2009

Masa : 3.00 Petang

Perasmian oleh : Y.H Dato' Zainab Binti Dato' Abdul Kader



Di serikan oleh : Artis-artis tempatan seperti Zizan Nin, Fauziah Nawi, Farah Alya & Tony Eusof
Yang amat membanggakan artis-artis tersebut tidak mengenakan sebarang bayaran malah sudi turun padang untuk membantu perpustakaan dalam usaha untuk menarik orang ramai mendekati perpustakaan.



Pesembahan : Boria dari adik-adik kecil....



Aktiviti Yang Telah Di jalankan sebelum perasmian antaranya pertandingan mewarna untuk kanak-kanak berumur 4-6 tahun dan pertandingan bercerita untuk kanak-kanak yang berumur 10-11 tahun.





Penglibatan : Perpustakaan Desa telah menghantar 3 peserta. Latihan bercerita telah di adakan di perpustakaan dua hari sebelum pertandingan dan tunjuk ajar cara-cara bercerita yang menarik juga di berikan.

Pencapaian : 3 peserta tersebut :

Nursabrina Zaini - 11 tahun mendapat tempat ke-2
Siti Aisyah Roslan -12 tahun mendapat tempat ke-3
Nurmusfirah Zaini -10 tahun mendapat hadiah saguhati

Tahniah kepada pemenang kepada yang gagal nanti cuma lagi...



Nursabrina Zaini



Siti Aisyah Roslan



Nak tahu peserta yang mendapat tempat Pertama..ini dia adik Najihah..kalau perasan adik nie pernah masuk rancangan Tom Tom Bak (yg berlakon menjadi mami pakai barang emas tu...)



Kenangan Bersama Artis


Name Tag

Tarikh : 02.10.2009 - Jumaat

Aktiviti : Name Tag

Penyertaan : 17 orang kanak-kanak

Penerangan : Membuat name tag sebagai hiasan di dinding dan boleh juga di jadikan penanda buku.






Lawatan Si Pintar

Alahai...masuk juga dalam majalah...kita ingatkan majalah kuntum sudah tak sudi untuk menterframekan gambar-gambar kenangan masa lawatan si pintar tahun lepas..

Lama tu..dari tahun lepas dok tertunggu-tunggu tapi tak masuk-masuk gak...rupa-rupanya lambat sikit (lambat banyak tu..setahun lebih tu..he he)

Walau apa pun terima kasih banyak-banyak untuk Majalah Kuntum..We Love U..

Untuk mengimbas kenangan bersama si pintar boleh la klik di sini atau bolehlah mendapatkan Majalah Kuntum Bulan Oktober 2009

Layan....


 

Blog Template by YummyLolly.com / Header Butterfly by Pixels + Ice Cream