Promosi Perpustakaan

Promosi perpustakaan giat di jalankan lagi..kali ini destinasi yang pertama
di Pra Sekolah Titi Teras..

Keterangan lanjut disini... Promosi

Blog Bash ' 09


Pada hari tersebut saya sempat menyertai blog bash tersebut..alhamdulilallah dapat juga menambah ilmu pengetahuan...

Keterangan lanjut...Blog Bash '09

Konvensyen Perpustakaan Desa 2009

Konvensyen Perpustakaan Desa 2009 telah berlangsung
pada 15 - 16 Mac 2009
di The Zon Regency Hotel, Johor Bahru

Slogan "Masyarakat Mambaca Masyarakat Berilmu"
telah disempurnakan oleh YB. Dato' Seri Hj. Mohd. Shafie bin Hj. Apdal
selaku Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

Sepanjang konvensyen tersebut pelbagai aturcara yang telah di susun...emm nak ceritapun boleh kata 50% blog kengkwan dah huraikan...tapi untuk blog ini kita kongsi bersama gambar-gambar menarik sepanjang makan malam di Perbadanan Perpustakaan awam Johor...

Bukan saja-saja makan kami juga di beri peluang untuk mengunjunginya..berkonsep ruang santai yang menarik..berkeluasan 3 tingkat.

Sudut-sudut Menarik


Sudut Dewasa


Sudut Kanak-Kanak


Buku Terbaru


Bilik Aktiviti

Kafeteria

Santai dan menarik...


Ekk..sempat gak posee dengan kawan-kawan

Jom orang Johor dan kawasan sekitar kunjunginya...untuk gambaran dan keterangan lanjut layari Perbadanan Perpustakaan Awam Johor

Belajar Buat Sandwish

Aktiviti kali ini ada kelainan sikit, tetapi penyertaannya amat mengalakkan. Sebenarnya dah lama merancang untuk buat aktiviti ini, malangnya asyik tertangguh. Alhamdulillah bila dah dapat masa dan tarikh yang sesuai akhirnya dapat juga menjayakannya.

Tarikh : 07.03.2009

Aktiviti : Membuat sandwish sardin bakar

Penyertaan : 48 orang kanak-kanak

Mentor : Cik Nur hidayah bt Roslan dan dibantu oleh Cik Nurul Haida Bt Yahaya

Penerangan : Bahan-bahan seperti roti, sardin, timun, tomato, bawang di sediakan oleh petugas perpustakaan. Pertama sekali memberi sedikit penerangan tentang bahan-bahan masakan, cara penyediaan dan membuat demo sebagai contoh kepada peserta. Para peserta dibahagikan kepada tujuh kumpulan, satu kumpulan ada yang enam dan tujuh orang ahli.

Jom kita lihat bahan-bahan masakan.

Demo


Peserta yang sedang mencuba


Hasilnya


Mengaminkan doa makan...leh makan ..jemput-jemput

My Banner

Aktiviti di jalankan dalan keadaan sungguh meriah. Memandangkan minggu lepas aktiviti terpaksa ditangguhkan buat seketika di sebabkan masalah yang tak dapat di elakkan.

Kali ini di jalankan aktiviti kelab membaca sinar pintar..

Tarikh : 06.03.2009

Aktiviti : My Banner

Penyertaan : 30 orang kanak-kanak & 2 orang dewasa

Mentor : Cik Wan Nur hidayah Bt. Wan Omar

Penerangan : peserta hanya perlu mewarna banner yang siap di cetak menggunakan komputer dan tertera nama masing-masing, apabila sudah siap peserta purlu mengunting dan menebuk lubang untuk mengantungkan tali..ok siap.

Penanda Buku Ikan

Kunjungan dari Tadika Ummi seramai 17 orang kanak-kanak berumur 5 tahun bersama seorang guru.

Penerangan ringkas tentang perpustakaan serta perkhidmatan yg disediakan.
Di adakan juga pendaftaran ahli perpustakaan dan sesi fotografi juga di sediakan.

Yang silapnya, terlupa nak ambil gambar masa buat aktiviti...bukan apa dok sibuk ambil gambar sorang-sorang untuk pendaftaran ahli, gambar ramai-ramai terlupa pulak..

Tarikh : 06.03.2009

Aktviti : Penanda Buku

Penyertaan : 17 orang kanak-kanak

Nama mentor : Puan Siti Khatijah - guru

Penerangan : Mewarna gambar berbentuk ikan, mengunting dan menebuk untuk meletakkan benang sebagai hiasan.

Hasilnya...

 

Blog Template by YummyLolly.com / Header Butterfly by Pixels + Ice Cream