Welcome 2014


Selamat Menyambut Tahun Baru...

Semoga Tahun 2014 ini, membawa Keberkatan Untuk Kita Semua

Dilimpahi Dengan Rezeki & Hidayah

Di Permudahkan Segala Urusan Di Dunia Hingga Ke Akhirat.

 
 

Umat Islam Umat Membaca

Galakan membaca mestilah bermula seawal usia kanak-kanak lagi, sekali gus ia kekal menjadi budaya sepanjang hayat mereka.

Utusan Malaysia 
07 Mei 2013 Selasa

 Oleh UMAR MUHAMMAD NOOR


BEBERAPA hari yang lepas saya sempat berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Saya melihat pelbagai judul buku dalam pelbagai bahasa pada acara tersebut. Sambutan masyarakat pun turut menggalakkan. Terlihat dengan rombongan para pengunjung yang berpusu-pusu memenuhi kaunter-kaunter buku yang tersedia.
Pemandangan ini sangat menggembirakan hati. Tidak salah jika dikatakan bahawa umat Islam adalah umat membaca. Itu terlihat dengan wahyu pertama yang berisi perintah untuk membaca. Perintah ini kemudiannya menjadi inspirasi kepada tokoh-tokoh intelektual Islam untuk terus menulis dan membaca.

Jika kita mengkaji riwayat hidup tokoh-tokoh intelektual Islam sepanjang sejarah, jelas sekali semangat membaca yang sangat mengagumkan.
Mereka membaca pada setiap masa dan di setiap tempat. Mereka tidak suka masa berlalu tanpa menelaah.

Diriwayatkan, Muhammad bin Al-Hasan tidak pernah tidur di waktu malam.
Murid Imam Abu Hanifah itu selalu menghabiskan malamnya membaca buku. Pelbagai buku diletakkan bersebelahan dengan dirinya. Apabila bosan dengan satu buku, beliau beralih kepada buku yang lain.

Begitu juga Imam Ahmad bin Yahya, seorang pakar tafsir yang dikenali dengan gelaran Tha’lab.
Beliau selalu membawa buku ke mana sahaja beliau pergi. Setiap kali dijemput menghadiri walimah, beliau mensyaratkan agar disediakan tempat khas bagi beliau untuk meletakkan buku dan membaca.

Ibnu Rusyd, ahli fiqih dan falsafah terkenal selalu membaca buku setiap saat. Beliau tidak pernah berpisah dengan buku sepanjang hidupnya kecuali pada dua malam sahaja, iaitu malam beliau menikah dan malam ayahnya meninggal dunia.

Al-Zahabi menceritakan dalam Siyar A’lam Al-Nubala bahawa setiap kali ‘Amr bin Bahr Al-Jahiz memegang satu buku, beliau akan membacanya hingga khatam. Buku apa pun itu. Demikian cinta ulama kita kepada buku.

Media ilmu 

Buku bukan hanya media ilmu, malah adalah cermin ketamadunan. Menurut Ibnu Khaldun, apabila buku diciptakan, umat manusia seolah-olah mengalami satu anjakan baru dalam hidup mereka. 

Sebab sebelumnya manusia primitif hanya memiliki huruf-huruf dan gambar-gambar yang mereka guriskan di atas batu.

Oleh itu, membaca adalah ciri manusia moden. Orang yang suka membaca terdedah kepada pelbagai ilmu dan idea baru. Mindanya boleh berziarah ke tempat-tempat yang sangat jauh. Ia juga boleh berkunjung masa lalu dan membayangkan masa hadapan. Semakin banyak buku yang dibaca, semakin luas dan terasah minda kita.

Buku juga satu-satunya media yang menghubungkan kita dengan tokoh-tokoh terdahulu. Buku memperkenalkan kita dengan peribadi Rasulullah SAW, keberanian para sahabat, dan keluasan ilmu para tabiin. Siapa yang sering membaca buku, seolah-olah ia tengah duduk berbincang dengan tokoh-tokoh besar ini.

Seseorang bertanya kepada Imam Abdullah bin Al-Mubarak: “Kenapa anda jarang sekali duduk berbincang bersama kami?"

Beliau menjawab: “Aku lebih suka duduk bersama para sahabat dan tabiin. Aku melihat ke dalam buku-buku dan tulisan-tulisan mereka." Diriwayatkan oleh Al-Khatib Al-Baghdadi dalam Taqyid Al- ‘Ilm.

Siapa yang malas membaca, maka terputuslah hubungannya dengan Allah SWT, Rasulullah SAW dan ulama-ulama salaf soleh.

Siapa yang putus hubungan dengan mereka, sudah pasti ia akan tersesat dalam memahami hakikat dan tujuan hidupnya di muka bumi ini. Ia akan hidup tanpa arah dan pegangan. Pada saat itu, syaitan akan sangat mudah mengheretnya ke lembah kekufuran.

Lantaran itu, bacalah buku, maka anda akan hidup dalam cahaya ilmu selama-lamanya.
 

Door To Door (Tadika Al Azhar)


 Tarikh :3 Mei 2013 - Jumaat

Tadika Al Azhar Balik Pulau Bersama PD Zon 7 Pulau Pinang

 
Kunjungan PD Zon 7 Pulau Pinang
 ( Perpustakaan Desa Sungai Pinang Perpustakaan Desa Teluk Kumbar PD Pnm Titi Teras)
Antara aktiviti di jalankan seperti Taklimat Perkhidmatan Perpustakaan, Kraf Jambangan Bunga Sempena Hari Ibu, Bercerita "Singa dan Si Tikus", Permainan Lego dan 5minit Mari Membaca...

 
Hasil adik-adik "jambangan bunga untuk ibu"


Antara aktiviti yang di jalankan.

Program Sehari Bersama MARA

Tarikh : 1 Mei 2013 (Ahad) 
Giat MARA Balik Pulau Bersama PD Zon 7 Pulau Pinang 


Jemputan Daripada Pihak Giat MARA Balik Pulau untuk bersama-sama menjayakan Pertandingan Mewarna di samping itu juga Perpustakaan Zon 7 Pulau Pinang ( PD Pnm Titi Teras Perpustakaan Desa Teluk Kumbar, Perpustakaan Desa Sungai Pinang) telah mendakan Pameran Bahan Bacaan, Pendaftaran Keahlian & Aktiviti Uji Minda

Penyertaan Yang Amat Mengalakkan 
Kategori A : 4-6 thn & Kategori B:7-9 thn

 
 Antara hasil yang menambat hati juri

 Tahniah kepada adik-adik yang berjaya!!!

Sukaneka Santai PD Zon 7, Anjuran Bersama KEMAS Balik Pulau

Tarikh : 13.04.2013 ~Sabtu
Tempat : Perkarangan PD PNM Titi Teras
Sebanyak 9 acara sukaneka di pertandingkan dan seramai 6 kumpulan kanak-kanak dan remaja telah menjayakan program tersebut.

Memang Enjoy !!

 Get ready dah semua, semasa nak mulakan sukaneka..

 Di mulakan dengan senamanerobik & sorak hebat setiap kumpulan..kasi aura skit..

 Acara sambut getah, chopstik bola, telefon karat

 Acara larian berbatik...

 Acara tepung gomak, span + air .


Acara siapa king kong? Yang nie macam-macam  gaya aderrr..:)

 Pancing ikan atas darat....pecah peluh dibuatnya..

Penyampaian Hadiah oleh Pengerusi Perpustakaan
 & Kunjungan Mesra oleh YB Muhamad Farid Saad

Hari Wanita 2013


Program Hari Wanita 2013
Tarikh : 07.04.2013-Ahad
Anjuran bersama Biro Wanita & Perpustakaan Desa PNM Titi Teras




 Ceramah Oleh En. Muzafar Ghazali : Hak Wanita Dalam Faraid


 Sebahagian Gerai Jualan & Promosi, antara yang telah terlibat :

SA Permata Enterprise, Pn Safura
Tupperware Brands, Pn Saleha
Produk Kesihatan dan Busana Wanita, Pn Natasha
Majalah Aulad, En Shah
Produk IKS Titi Teras, Pn Saijah
Promosi Pendaftaran Anak-anak PERMATA, Permata Kuala Sungai Pinang


 Hasil Daripada Pertandingan Masakan Bertemakan 'Roti" Ibu & Anak



Pertandingan Mewarna 4-8 tahun.


 
Pertandingan Masakan Ibu & Anak semasa berlangsung


 
Demontrasi Gubahan Bunga daripada Butik Pengantin Almas, Pn Mahani.
Hasil gubahan di jual dengan harga berpatutan pada hari tersebut. Cantik-cantik semuanya...


 
Pertandingan Busana Solehah

Peserta berumur 12tahun ke bawah...
Semua berpontensi menjadi model muslimah :)




Adik-adik cute nie dari Permata Kuala Sungai Pinang yang mempersembahan persembahan lagu Masmona...

Kecil-kecil dah berbakat..Terima Kasih kepada guru-guru yang bersusah payah melatih mereka...



Terima kasih tak terhingga kepada Pengerusi Biro Wanita dan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Kerjasama anda semua amat dihargai

Semoga semua komuniti dapat menafaat bersama.



Kunjungan Mesra Tadika Ummi

Tairkh : 05.04.2013@Jumaat
Penyertaan :15 orang kanak-kanak
Taklimat Ringkas Perkhidmatan Perpustakaan, Krat Arnab & Bacalah Adikku


 Arnab dah gaya tikus cute mute...




Sukaneka Santai

Kepada adik-adik yang berminat untuk menyertainya,
sila daftarkan nama anda secepat mungkin yer...


Kunjungan Tadika Ummi Lagi

Tarikh : 15.03.2013 ~Jumaat
Aktiviti : Sponge Bear Crafts, Taklimat Ringkas Perkhidmatan Perpustakaan & Jom Membaca





Door To Door

Tarikh : 13.03.2013 ~Rabu
Tempat : Pra Sekolah Sungai Korok
Aktiviti : Taklimat Ringkas Perkhidmatan Perpustakaan, Butterfly Clothespin Crafts, Leggo dan Mari Membaca

Sepanjang Aktiviti Berlangsung




Kunjungan Dari Tadika Ummi

Menerima kunjungan daripada Tadika Ummi
Antara aktiviti yang telah dijalankan , taklimat perkhidmatan perpustakaan, kraf singa dan bacalah adikku..
Terima kasih atas kunjungan...minggu akan datang dah boleh pinjam buku......



Program Bakat Cilik

Program Bakat Cilik

28.02.2013 @ Khamis ~~PD PNM Titi Teras

 Bersama Madrasah Al-Nahdzah Al Shuun Ad Diniah

 Pertandingan Hafazan Surah Lazim & Pertandingan Azan
 Kuiz kenali Rasulullah SAW

 

 Penyampaian hadiah & cenderahati

Terima Kasih diatas kerjasama yang diberikan..semoga dapat bekerjasama lagi di program yang akan datang

 

Program Pelancaran Mysihat Kg Titi Teras

Program Pelancaran Mysihat Kg Titi Teras

 24.02.2013@Ahad ~~Pekarangan Masjid An Nur, Titi Teras





 Pertandingan Mencantum Puzzle
Kategori 4-7thn
 
Pertandingan Merekacipta Lego
Kategori 7-12 thn

 Hasil daripada pertandingan merekacipta lego

 Penyampaian Hadiah kepada para pemenang

~~Terima kasih kepada Sukarelawan Kg Titi Teras kerana sudi menjemput PD PNM Titi Teras untuk sama-sama menjayakan program tersebut.~~ 

Egg Basket

Aktiviti kali ini..adik-adik menghasilkan bakul telur yang cute mute dan comel...

Walaupun simple tapi agak rumit..jadi kita perlu tekun menghasilkannya...cuba lihat hasilnya...


Kad Ucapan CNY

Kad Ucapan Sempena Tahun Baru Cina
~~~Tahun Ular~~~


Pelancaran Program MySihat Kg Titi Teras 2013

Perpustakaan Desa PNM Titi Teras akan terlibat secara langsung dengan Pelancaran Program MySihat Kg Titi Teras 2013.

Antara acara yang akan dikendalikan oleh PD PNM Titi Teras :

Pertandingan Mencantum Puzzle : Kategori Umur dari 4 tahun - 6 tahun (Individu)
Pertandingan Merekacipta Lego : Kategori Umur dari 7 tahun -12 tahun (Berkumpulan : 3orang ahli)

Kepada yang berminat sila daftarkan nama anda di Perpustakaan, tempat adalah terhad.


Terima kasih kepada Sukarelawan Titi Teras, yang sudi menjemput PD untuk sama-sama menjayakan program ini nanti.
 

Blog Template by YummyLolly.com / Header Butterfly by Pixels + Ice Cream