Kelas Masak

Agak lama juga kelas masak direhatkan seketika..he he bukan apa semuanya mengikut keadaan tambahan pula chef yang mengajar tu pun agak sibuk..ye la bulan puasa banyak yang tempah kuih la, baju raya dan langsir, lepas raya pula nak pergi open house...

Atas permintaan, di aturkan juga kelas masak kali ini, ini pun ada yang merugut tidak dapat hadir..maklumla cuti sekolah banyak jemputan kenduri pula..

Insyaallah kita akan adakan lagi kelas memasak mungkin lepas cuti sekolah nanti...kakak-kakak, makcik- makcik yang tak dapat hadir kelas masak kali ini, jangan risau...coming soon.

Aktviti : Kelas Memasak
Tarikh : 13.12.2008 - Sabtu
Penyertaan : 13 dewasa & 2 remaja

3 resepi kali ini, semuanya agak mudah untuk dicuba.


Bahan Rujukan





Kek mangkuk Yogurt Pistacio (resepi ini diambil dari buku perpustakaan)




Bahan-bahan

75 g tepung berserbuk penaik
1/2 sudu kecil baking powder
60 g kacang pistacio (kacang cerdik)
3 biji telur (asingkan putih dan kuning)
110 g gula castor ( bahagi 2 bahagian)
90 ml yogurt
60 g mentega
secubit garam

Hiasan
20 g kacang pistacio
sedikit gula aising untuk hiasan (jika suka)

Mangkuk kertas

Cara membuatnya

  1. Alas acuan maffin dengan mangkuk kertas
  2. Kisar kacang pistacio hingga halus
  3. Pukul kuning telur bersama sebahagian gula castor hingga pekat
  4. Masuk yogurt, mentega cair, kacang pistacio, garam dan tepung
  5. Dalam bekas berasingan, pukul putih telur hingga kembang dan masukkan baki gula dan terus pukul hingga kembang.
  6. Masukkan putih telur tadi ke dalam adunan tepung tadi
  7. masukkan aduan ke dalam mangkuk kertas (paras 2/3 sahaja)
  8. Taburkan kacang pistacio katas di atasnya
  9. Bakar pada suhu 175'c selama 20-25 minit hingga bahagian atasnya perang keemasan.
  10. Setelah masak, biarkan ia sejuk dan taburkan gula aising jika suka..

Semasa aduan siap dan di masukkan ke dalam mangkuk kertas



Menaburkan kacang pistacio



Hasilnya..yang kek kecil-kecil tu..En. Mazlan menggunakan mangkuk kertas yang paling kecil



Tat Badam

Bahan-bahan

Pastri

(A)100 g mentega
50 g gula ising

(B)1/2 biji telur

(C)220 g tepung gandum

Inti

(A)
150 gm mentega
120 g gula castor

(B)2 biji telur
(C)80 g tepung gandum
80 g badam kisar
1/2 sudu teh rempah campuran

Meringue (ising)
160 g castor
2 biji putih telur

Cara membuatnya

Pastri
  1. Adunkan (A) dengan perlahan, masukkan (B) dan adun hingga licin kemudian tambahkan (C) dan gaul sebati
  2. Tekapkan pastri ke dalam acuan tat
Inti
  1. Adun (A) hingga ringan dan gebu, tambah (B) dan pukul lagi
  2. Tambah bahan-bahan (C) dan gaul rata
Paipkan inti ke dalam kulit pasti hingga paras 3/4 acuan, bakar pada suhu 190'c selama 20-25 minit.

Paipkan meringue pada permukaan Tat. Masukkan tat ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu 200-200'c pada kepanasan atas sahaj. Keluarkan setelah meringue menjadi perang.

Kulit tat yang telah siap



Kulit tat yang telah di isi dengan intinya


Menghias meringue di atas permukaan tat



Steam Coconut Blossom Cake (kek kukus kelapa)

Bahan-bahan

3 biji telur
220 g gula castor
300 g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
250 ml cawan minyak masak @ air daun pandan
1 sudu besar ovelette
1 sudu kecil esen vanila
1 susu kecil perisa pandan

Inti

2 cawan kelapa parut dan campurkan dengan 1 cawan gula merah
Masak di atas api yan sederhana hingga sebati, sejukkan dan digentel bulat (ukuran 1/2 sudu kecil)


Cara-cara
  1. Pukul gula dan telur hingga kembang
  2. masukkan ovelette, tepung gandum (diayak bersama baking powder)
  3. Masukkan minyak dan esen vanila
  4. tuang ke dalam acuan lompang yang telah berisi inti (paras 2/3 acuan) dan kukus hingga masak
Kek yang telah siap masak





Selamat Mencuba...


Semasa aktiviti di jalankan









En. Mazlan sempat promosi buku perpustakaan lagi..terima kasih



Untuk keterangan lanjut mengenai kelas masakan yang di anjurkan oleh perpustakaan bolehlah terus menghubungi kami...

Setiap sesi kelas masakan akan di ajar dengan tiga jenis masakan mengikut permintaan, tidak tertumpu kepada masakan jenis kek sahaja..

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com / Header Butterfly by Pixels + Ice Cream