Memaparkan catatan dengan label Kad Ucapan / Poster. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kad Ucapan / Poster. Papar semua catatan

Biodata Ku

Aktiviti kali ini adalah satu keperluan untuk pengguna kanak-kanak untuk membantu dalam menyiapkan folio masing-masing.

Belajar bagaimana untuk menyiapkan ruangan "biodata" yang ada kalanya tersenarai dalam tajuk folio.

Aktiviti kali ini agak menarik, memandangkan peserta boleh berkongsi dan bertukar-tukar biodata untuk mengenali rakan mereka dengan lebih rapat lagi.

Untuk permintaan peserta juga, di selitkan serba sedikit tentang diri saya untuk tatapan semua..he he he..

Tarikh : 14.02.2009

Aktiviti : Biodata ku

Penyertaan : 31 orang kanak-kanak

Penerangan : Belajar menulis biodata masing-masing untuk keperluan menyiapkan tugasan folio




Kenali Diri Saya

Nama : Rosidah Binti Romli

Nama Panggilan : Shida

Status : Berkahwin

Nama Anak : Damia Maisarah Bt Mohd Khairulnizam

Umur : 29 tahun

Tarikh Lahir : 21.12.1980

Tempat Lahir : Perak

Itu ajer kot..leh la ...

Postor..postor

Kakak..ada postor la..

Postor? (terfikir sekejap) Oooo surat ekk he... he teringat plak cerita P.Ramlee (Ahmad Albab)

Itu la keadaan aktiviti kemarin, bukannya buat karangan surat tapi buat poskad untuk kengkawan..masing-masing nak hantar poskad yang dicipta tu melalui pos..

Maaf la tak dapat berbuat demikian, memandangkan kakak tak sediakan setem..kalau nak juga nanti adik-adik balik lekat kan setem kemudian boleh la poskan..okey

Tarikh : 13.02.2009

Aktiviti : Membuat poskad

Penyertaan : 33 orang kanak-kanak

Penerangan : Peserta di kehendaki mencipta satu poskad untuk di berikan kepada kengkawan mereka. Contoh poskad di tunjukkan supaya peserta mendapat gambaran untuk membuatnya.

Aktiviti Bulan Mei

  • Pelbagai aktiviti menarik yang di adakan pada bulan mei ini...
  • Memandangkan pelbagai sambutan yang di raikan pada bulan mei
  • Antaranya ialah hari ibu, hari guru, dan hari belia...ada tak lagi hari sambutan lain ekkk
  • Baiklah di paparkan aktiviti-aktiviti yang telah di jalankan sepanjang bulan mei ini..

Aktiviti Mencipta Kad Sempena Hari Ibu



Harga Sebuah Kasih Sayang

Seorang anak mendapatnya ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron dan menyambut kertas yang di hulurkan oleh di anak lalu membacanya.

Kos Upah membantu Ibu
  1. tolong pergi kedai RM 4.00
  2. tolong jaga adik RM 4.00
  3. tolong buang sampah RM 1.00
  4. tolong kemas bilik RM 2.00
  5. tolong siram bunga RM 2.00
  6. tolong sapu sampah RM 3.00
Jumlah Perlu Dibayar : RM 17.00

Setelah selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
  1. kos mengandungkanmu selama 9 bulan -percuma
  2. kos berjaga malam kerana menjagamu - percuma
  3. kos air mata yang menitis keranamu -percuma
  4. kos kerunsingan kerana bimbangkanmu -percuma
  5. kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu - percuma
Jumlah keseluruhan Nilai kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibunya. Si anak menatap wajah si ibu, memeluknya dan berkta, " Saya sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis " Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya....

Sajak/Pantun/Puisi Sempena Hari Ibu


 

Blog Template by YummyLolly.com / Header Butterfly by Pixels + Ice Cream