Kelas Memasak

Aktiviti kelas memasak kali ini telah diadakan dengan kerjasama Tadika Ummi.

Tarikh : 09.08.2008 - Sabtu

Masa : 3.00 petang

Seramai 37 orang kaum ibu telah menyertainya.

Tenaga Pengajar : En. Mazlan & Pn. Norrisah (Pasangan Suami Isteri)

2 jenis kek & 1 jenis biskut


Menu Pertama : Yogurt Apple Cake



Bahan-Bahan

250 gm butter
230 gm gula caster

5 biji telur
125 ml yogurt - tanpa perisa

315 gm tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil soda bikabonat

5 biji epal hijau (dibuang kulit & potong kiub)
50 gm kismis
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1 sudu kecil esen vanila

Cara Membuatnya
  1. Pukul butter & Gula caster hingga kembang
  2. Masukkan telur satu persatu. Pukul dengan kelajuan tinggi selama 5 minit
  3. Campurkan yogurt dan tepung secara bergilir dengan kelajuan rendah hingga sebati
  4. Rebus kiub epal tadi sehingga layu kemudian tambah kismis dan serbuk kulit kayu manis
  5. masukkan epal kiub dalam adunan tadi. Gaul sebati, masukkan esen vanila
  6. Tuang ke dalam tin pembakar. Bakar pada suhu 175c selama 60 minit.


Menu Kedua : Kek Coklat Kukus



Bahan-bahan

1 paket tepung (yang dijual oleh En. Mazlan & Pn. Norrisah) -promosi tepung mereka RM 7.00
1 cawan susu cair
3/4 cawan air
3/4 cawan minyak masak
1 sudu kecil esen vanila
3 biji telur

Cara Membuatnya
  1. Pukul gula dengan telur hingga kembang
  2. Masukkan susu cair, air, minyak dan esen vanila hingga sebati
  3. Masukkan tepung sikit demi sedikit
  4. Setelah siap masukkan ke dalam tin pembakar
  5. Kukus atau bakar selama 45 minit

Kek kukus yang telah siap menggunakan acuan kuih lompang di kukus selama 10 minit aje..

Menu Ketiga : Toasted Coconut Cookie



Bahan-bahan

220 gm gula caster
125 gm butter

2 biji telur
250 gm tepung gandum


100 badam serbuk

250 gm toasted coconut flake

1/4 sudu kecil esen badam
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu soda bikarbonat

Kuning telur untuk hiasan

Cara Membuatnya :
  1. Pukul butter, gula, telur dan garam hingga sebati
  2. Masukkan badam serbuk, coconut flake, esen badam, tepung gandum dan soda bikabonat, gaul hingga sebati
  3. bulatkan adunan seperti bebola kemudian tekankan permukaan dengan garpu hingga lepir
  4. Sapukan kuning telur dan bakar pada suhu 150c dalam jangkamasa 10minit...
Gambar biskut tersebut tidak sempat diambil...sold out semua pakat dok rasa...

Sepanjang aktiviti di jalankan...




Pn. Norrisah sempat promosi kuih untuk tempahan hari raya...


Semoga aktiviti seperti ini akan menambahkan lagi keahlian perpustakaan, bilangan pengguna dan minat membaca kepada kaum-kaum ibu.

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com / Header Butterfly by Pixels + Ice Cream