Perpustakaan Desa PNM Titi Teras

Pengenalan

Dalam usaha untuk memperluaskan lagi rangkaian perkhidmatan perpustakaan ke seluruh negara, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menubuhkan sebuah perpustakaan desa di Kampung Titi Teras dengan harapan untuk membantu dan menggalakkan budaya membaca dalam kalangan penduduk tanpa mengira agama, bangsa mahupun umur.

Pengwujudan perpustakaan desa juga akan dapat membangunkan minda masyarakat luar bandar melalui bahan bacaan yang disediakan. Kesedaran kepada kepentingan ilmu pengetahuan ini dapat dipupuk melalui penubuhan pusat pembelajaran seperti perpustakaan desa.

Sehingga kini, Perpustakan Desa PNM Titi Teras telah mempunyai seramai 378 orang ahli.

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com / Header Butterfly by Pixels + Ice Cream