Kunjungan Majalah Kuntum

Tempat : Perpustakaan Desa PNM Titi Teras
Tarikh : 25hb. Julai 2008

Masa : 2.30 petang

Majalah Kuntum telah berbesar hati untuk datang ke Perpustakaan Desa PNM Titi Teras untuk mempromosi majalah Kuntum kepada ahli-ahli perpustakaan dan juga semua penduduk kampung serta penduduk sekitarnya. Promosi majalah kuntum ini juga sebahagian daripada Program Galakan Membaca anjuran bersama oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang , JKKK Titi Teras, Rukun Tetangga Titi Teras, Perpustakaan Desa PNM Titi Teras dan Jawatankuasa Perpustakaan.

Antara jemputan-jemputan yang hadir pada hari tersebut :
  • Sekolah Kebangsaan Titi Teras
  • Sekolah Kebangsaan Kongsi
  • Sekolah Kebangsaan Sungai Korok
  • Pra Sekolah Titi Teras
  • Tadika Ummi
  • Taska Al-Hidayah
  • Tadika Kemas
  • Tadika Gemilang Interlek
dan penduduk kampung...

Keadaan di dalam dewan yang sudah penuh...


Taklimat daripada En. Hisham daripada Star Publications


Adik-adik sedang menjawap soalan kuiz



Pemenang soalan kuiz..bestnya dapat hadiah


Si Comel dah datang la....habis la gamat la suasana nanti


Si comel beramah mesra


memang comel ler si comel nie..


Ramainya peminat si comel nie


Si comel bergambar bersama kakitangan Perpustakaan

Maaf ler...kepada penggunjung yang tidak sempat mengambil gambar bersama dengan si comel. Bukan apa, tiba-tiba ajer si comel nak pitam..maklumlah keadaan sukar di kawal apabila di serbu oleh peminat fanatik si comel....he he..

Terima kasih tidak terhingga kepada

Semua kakitangan Star Publications (Malaysia) Bhd. terutama Miss Eileen Ooi di atas kerjasama yang diberikan...

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com / Header Butterfly by Pixels + Ice Cream