Latar Belakang

Dalam Bajet 2005, Y.A.B. Perdana Menteri selakau Menteri Kewangan telah memperuntukkan sebanyak RM30 juta bagi membangunkan Projek Perpustakaan Desa Di Bawah Peruntukkan Khas Belanja Mengurus.

Pembangunan Perpustakaan Desa (PD) pada ketika itu hanya melibatkan bangunan awam sedia ada di luar bandar yang boleh diubah suai dan dilengkapkan dengan bahan bacaan, perabot serta alat kelengkapan komputer untuk dijadikan perpustakaan awam.

Selain itu, peruntukan ini juga digunakan untuk membayar emolumen dua orang bertugas yang dilantik bagi mengendalikan perkhidmatan perpustakaan yang disediakan dalam tempoh satu tahun.Sejumlah 200 unit PD telah dibina di bawah peruntukkan khas belanja mengurus tahun 2005.

Pada tahun 2006, sebanyak RM85 juta telah diperuntukkan bagi meneruskan projek khas ini, dimana sejumlah 225 unit PD telah berjaya dibina. Berdasarkan kesukaran mendapat bangunan awam sedia ada untuk diubah suai, pihak Perbendaharaan telah bersetuju supaya projek ini turut melibatkan bangunan di atas tapak yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri.


0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com / Header Butterfly by Pixels + Ice Cream