Kraftangan arnab

Aktiviti : Kraftangan arnab - boleh di gantung buat hiasan
Tarikh : 29.11.2008 - Sabtu
Penglibatan : 18 orang kanak-kanak yang dipecahkan kepada 3 kumpulan

Setiap kumpulan perlu bekerjasama untuk menyiapkan aktiviti



Bahan-bahan:

1 Pinggan kertas
Kertas warna (2 warna) @ A4 warna
Gambar arnab
Gam
Peralatan warna dan alatan tulis
Gunting

Cara-cara

Pinggan kertas di potong bahagian tengah
Kemudian kertas warna di potong panjang dan digam menjadi gelung
Kemudian lekatkan berselang seli warna di atas pinggan kertas
Warnakan gambar arna mengikut kreatifviti masing-masing
Gunting gambar arnab tersebut kemuadian lekatkan keatas gelung pinggan kertas tersebut

Ok siap...







Easy Dot Dot

Aktiviti : Easy dot dot
Tarikh : 28.11.2008- Jumaat
Penyertaan : 28 kk

Senang ajer aktiviti kali ini, cuma sambungkan titik mengikut abjad kemudian kena mewarna







hasil aktiviti tersebut



Jom Kenali IT

Aktiviti bengkel komputer ini telah di anjurkan oleh Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti bersama-sama dengan Softbox Sdn Bhd. Terbuka kepada semua penduduk setempat dan kawasan berhampiran..

Objektif bengkel komputer ini untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar, bukan sahaja memberi penekanan kepada pembentukan masyarakat yang berpengetahuan atau K-Komuniti, tetapi juga memfokuskan kepada peningkatan tahap ekonomi masyarakat luar badar di samping meningkatkan pengetahuan sistem penghantaran secara dalam talian serta menggalakkan penggunaan aplikasi elektronik.

Aktiviti : Bengkel Komputer (Anjuran PPIK & Softbox Sdn. Bhd)
Tarikh : 23.11.2008 ( Ahad)
Masa : 10 pagi - 5.00 petang
Penyertaan : Perserta berumur 12 tahun ke atas ( 158 orang telah menyertainya)











Semasa bengkel di adakan, Perpustakaan Desa PNM Titi Teras sempat mempromosikan perpustakaan sambil mengedarkan borang pendaftaran..

Kraftangan Burung

Aktiviti : Kraftangan Burung
Tarikh : 22.11.2008 - Sabtu
Masa : 3.00 petang
Penyertaan : 21 orang

Sepatutnya burung yang direka ini boleh di gantung..tetapi mana silapnya tidak boleh di gantung...

Berat ekor agaknya.. jom lihat






Potong & Cantum

Aktiviti sempena cuti sekolah kali ini agak menarik para pengguna kanak-kanak perpustakaan..
Aktiviti ini agak mudah..ramai juga kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun masuk aktiviti kali ini.

Aktiviti : Potong dan cantum- gambar singa
Tarikh : 21.11.2008 ( Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Penyertaan : 32 orang kanak-kanak

Gambar Singa yang belum di cantum





PUSPANITA Daerah Barat Daya

Perjumpaan PUSPANITA Daerah Barat Daya kali ini telah diadakan sempena
Majlis Perpisahan Pemangku Pengerusi Puan Noraini dan Persaraan Puan Siti Rosliah Bt Sulaiman

Majlis telah di adakan pada Khamis 30.10.2008 pada pukul 5.30 petang.

Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi Majlis kemudian ucapan daripada Pn. Noraini dan Pn. Siti Rosliah.

Pn. Noraini akan bertukar ke Kuala Lumpur dan tempat beliau akan di kosongkan buat sementara waktu sehingga perlantikan semula di buat..



Puan Noraini (berbaju biru) dan puan Siti Rosliah (Bertudung kuning) bersama merakam gambar kenangan bersama barisan AJK PUSPANITA Daerah Barat Daya




Antara ahli-ahli yang hadir..

Wakil dari Perpustakaan Cawangan Balik Pulau, Puan Roslinda tidak sempat hadir semasa perjumpaan tersebut memandangkan terlibat dalam kemalangan (kereta mini copper dengan kereta avanza) di persimpangan masuk di tempat perjumpaan..

Tiada kecederaan yang berlaku tetapi remuk kereta ku...


Jamuan Hari Raya Di Perpustakaan

Sempena Syawal yang akan berakhir Perpustakaan Desa PNM Titi Teras telah menunaikan permintaan ramai untuk mengadakan sedikit jamuan hari raya..

Jamuan ini dijayakan bersama dengan ahli jawatankuasa perpustakaan

Beberapa menu yang sample telah disediakan antaranya bihun sup, nasi impit berkuah kacang, agar-agar coklat, agara-agar sirap, puding jagung, kek coklat lembab, kuih muih hari raya, kerepek pisang dan air sarsi...

Jamuan diadakan pada 26.10.2008 hari Ahad

Seramai 42 orang kanak-kanak dan 12 orang dewasa telah menghadirinya..

Kemeriahan jamuan hari raya





Jemputan Ke Jamuan Hari Raya

Perpustakaan Desa PNM Titi Teras telah menrima jemputan ke jamuan hari raya di Pejabat Pertanian Daerah Barat Daya pada 24.10.2008 hari jumaat yang lalu..

Pejabat Pertanian ini mengambil masa perjalanan lebih kurang 10 minit sahaja dari Perpustakaan, jemputan juga terdiri dariapda IKS, KPW, sub kontraktor, petani-petani dan lain-lain di kawasan Balik Pulau...

Pada hari tersebut juga, agihan tanaman seperti pokok semaian seperti pokok cili, serai, terong, kucai dan bermacam-macam lagi telah diedarkan kepada orang ramai yang berminat..

Jom lihat sekitar majlis tersebut..



Pengedaran Pelbagai Jenis Tanaman



Terima kasih daun keladi atas jemputan tersebut..

Kenali & Mewarna Buah-buahan

Aktiviti kali ini amat meriah, memandangkan mejoriti ahli memang suka mewarna..seramai 32 orang kanak-kanak telah menyertai aktiviti kali ini

Aktiviti : Kenali dan mewarna buah-buahan

Tarikh : 24.10.2008 - Jumaat - 3.00 petang







Jika anda ingin menyertai sebarang aktiviti yang Perpustakaan Desa PNM anjurkan datanglah beramai-ramai ke sini. Semua perkhidmatan dan aktiviti adalah percuma !!
 

Blog Template by YummyLolly.com / Header Butterfly by Pixels + Ice Cream