Kelas Memasak - Biskut Raya

Tarikh : 15.08.2009 - Sabtu

Aktiviti : Kelas Memasak - Biskut Raya
  1. Biskut Badam Potong
  2. Biskut Topi
  3. Tini Wini Dou Cookies
Penyertaan : 28 orang dewasa

Mentor : Pn Salmah

Penerangan : Ketiga-tiga biskut ini di buat bersama-sama dengan para peserta untuk mudah di pratikkan apabila para peserta apabila ingin membuatnya sendiri.


Biskut Topi



Biskut Badam Potong



Tini Wini Dou Cookies



Sekitar Aktiviti Tersebut










Mewarna Logo 1Malaysia

Tarikh : 14.08.2009 - Jumaat

Aktiviti : mewarna Logo 1Malaysia

Penyertaan : 18 orang kanak-kanak

Penerangan : Sambil mewarna logo tersebut, petugas juga menerangkan maksud logo tersebut


Keterangan logo 1 Malaysia

Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

"Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan










Promosi Perpustakaan



Promosi Perpustakaan telah di adakan di Tadika Kemas Simpang Empat, Balik Pulau
pada 14.08.2009 - Jumaat

Untuk keterangan lanjut layari PDSI Sungai Burong...

Handprint Butterfly

Tarikh : 08.08.2009 - Sabtu

Masa : 2.30 petang

Penyertaan : 15 orang kanak-kanak

Aktiviti : Handprint Butterfly

Penerangan : Dengan menekap bentuk tangan masing-masing untuk menjadikan bahagian kepak butterfly tersebut, cantumkan semua kepak yang telah siap..kemudian di tambah dengan corak mengikut kreativiti masing-masing.











Kelas Memasak

Tarikh : 07.08.2009 - Jumaat

Aktiviti : Kelas memasak- resepi kuih tart telur

Betempat : Bangunan Umno Titi Teras

Masa : 3.00 petang

Penyertaan : 23 orang kaum wanita

Mentor : Saya le.. he he

Penerangan : Aktiviti kali ini di adakan di bangunan Umno, memandangkan semua kemudahan dan kelengkapan memasak terdapat di sini. Ini dapat melancarkan lagi aktiviti kali ini. Resepi pilihan kali ini adalah tart telur & pandan, memandangkan bahan-bajan yang mudah di dapati dan masa yang bersesuaian.

Pada semua yang berminat bolehlah mencuba....

Tart Telur & Pandan



Bahan-bahan:

Untuk Kulit

250 gram butter
100 gram gula aising
1 biji telur
420 gram tepung gandum - ayak
1 camca besar susu tepung - ayak
1 camca kecil esen vanila

Untuk kastard telur

100 gram gula aising
4 biji telur
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 camca kecil esen vanila
1 camca besar tepung kastrad

Cara-cara Untuk Kulit
  • Pukul butter dengan gula hingga kembang
  • Masukkan telur & esen vanila sehingga sebati
  • Kemudian masukkan tepung gandum dan susu tepung
  • Sehingga menjadi doh
  • Seteleh siap bolehlah masukkan kedalam acuan tart tanpa perlu menyapu minyak.
Cara-cara untuk kastard
  • Pukul gula dengan telur hingga kembang
  • Masukkan air, susu cair, tepung kastard dan esen vanila kacau hingga sebati
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ambil sedikit doh, tekan dalam acuan tat, kemaskan dan potong lebihannya. Cucuk2 permukaan dengan garfu. Buat hingga siap...(akan lebih kurang 24 biji).
  2. Bancuh rata bahan kastard, kemudian tapis, masukkan dalam jug air bermuncung. Sementara itu bakar kulit tat tadi selama 10 minit dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C.
  3. Keluarkan kulit tat dari oven, tuang bancuhan kastard hingga penuh dan sambung membakar selama 20 minit lagi atau hingga permukaan kastard membeku. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dikelurakan tat dari acuan.
  4. Berhati2 semalam menuang kastard, jika meleleh dibahagian antara kulit tat dan acuan, akan menyebabkan tat melekat....Lagi satu nak cerita, kalau letak pandan paste dalam bancuhan kastard tu pun sedap....


Sementara menunggu kehadiran peserta yang lain

Selamat Mencuba!!
 

Blog Template by YummyLolly.com / Header Butterfly by Pixels + Ice Cream