Selamat Menyambut Tahun Baru Cina

Tarikh : 24.01.2009

Aktiviti : Mewarna - tema tahun baru cina

Penyertaan : 14 orang kanak-kanak & 1 dewasa

Penerangan : Sempena tahun baru cina, perpustakaan telah mengadakan aktiviti mewarna gambar adik-adik yang menyambut perayaan ini.

Kraf Sarang Burung

Tarikh : 23.01.2009

Aktiviti : Kraf Sarang Burung

Penyertaan : 22 orang kanak-kanak

Penerangan : Aktiviti kali ini memerlukan pelbagai langkah-langkah untuk menyiapkan hasil kerja tersebut. Pada mulanya peserta perlu mewarna gambar burung yang telah di sediakan, kemudian potong dan cantumkan potongan-potangan tersebut. Setelah selesai peserta perlu melekatkan cantuman tersebut di atas kertas lukisan dan langkah seterusnya ialah lekatkan pinggan kertas untuk di jadikan sarang burung tersebut. Langkah terakhir ialah dengan menggunakan teknik kolaj perserta perlu menampal kertas warna pada pinggan tersebut & mengikut kreativiti tambah sedikit lukisan.

Siap..

Gambar Burung Yang Belum Di Cantum


Mewarna gambar burung tersebut

Mengunting gambar yang telah siap

Mencantumkan gambar burung serta sarangnya

Menggunakan teknik kolaj

Hasilnya

Help Palestine

Assalamualaikum semua pengunjung..

Saban hari terpapar rintihan, tangisan dan kesengsaraan hidup rakyat-rakyat Palestin.
Perasaan sedih, hiba, marah dan kecewa sentiasa ada di dalam hati setiap manusia...

Apakan daya kita...beriktiar mana yang boleh dan berdoa, moga Allah s.w.t memberi petunjuk dan balasan kepada golongan-golongan yang kejam...Amin-amin



Yahooo..selamat datang tahun baru


"Selamat Menyambut Tahun Baru"

Semoga tahun ini mendapat seribu kebahagiaan dan sentiasa dirahmati sepanjang kehidupan kita..

Sepanjang Minggu Ini

Setelah agak lama berehat seketika (maklumlah sibuk dengan pelbagai tugasan kerja) di lampirkan aktiviti sepanjang awal bulan Januari 2009.

Untuk makluman semua pelbagai aktiviti sedang disusun dan akan dijalankan untuk semua pengguna ahli perpustakaan.


Semua aktiviti yang dijalankan adalah "percuma" jadi nantikan aktiviti yang menarik yang bakal berkunjung tiba..


Jom kita lihat kemeriahan dan hasil aktiviti yang telah dijalankan.

Tarikh : 09.01.2009 (Jumaat)

Aktiviti : Jom merwarna

Penyertaan : 21 orang kanak-kanak

Penerangan : Peserta diberikan kertas lukisan yang hanya mempunyai seorang kanak-kanak sedang membaca, peserta dikehendaki mewarna lukisan tersebut dan dengan kreativiti sendiri peserta dikehendaki menambah apa-apa jenis gambar mengikut kesesuaian.




Tarikh : 16.01.2009 (Jumaat)

Aktiviti : Indian Craft

Penyertaan : 25 orang kanak-kanak

Penerangan : Peserta diberikan gambar orang indian yang tidak bercantum, peserta dikehendaki mewarna, mengunting dan kemudian mencantumkan semua anggota menjadikan gambar yang lengkap dan menambah apa-apa lukisan untuk lebih mencantikkan gambar tersebut.





Tarikh : 17.01.2009 (Sabtu)

Aktiviti :Kenali buah-buahan, potong dan tampal

Penyertaan : 33 orang kanak-kanak

Penerangan :Peserta diberikan gambar bear bersama gambar buah-buahan, peserta dikehendaki mewarna, mengunting dan kemudian melekatkan gambar buah-buahan tersebut pada gambar bear mengikut kreativiti sendiri.


 

Blog Template by YummyLolly.com / Header Butterfly by Pixels + Ice Cream