Sepanjang Minggu Ini

Setelah agak lama berehat seketika (maklumlah sibuk dengan pelbagai tugasan kerja) di lampirkan aktiviti sepanjang awal bulan Januari 2009.

Untuk makluman semua pelbagai aktiviti sedang disusun dan akan dijalankan untuk semua pengguna ahli perpustakaan.


Semua aktiviti yang dijalankan adalah "percuma" jadi nantikan aktiviti yang menarik yang bakal berkunjung tiba..


Jom kita lihat kemeriahan dan hasil aktiviti yang telah dijalankan.

Tarikh : 09.01.2009 (Jumaat)

Aktiviti : Jom merwarna

Penyertaan : 21 orang kanak-kanak

Penerangan : Peserta diberikan kertas lukisan yang hanya mempunyai seorang kanak-kanak sedang membaca, peserta dikehendaki mewarna lukisan tersebut dan dengan kreativiti sendiri peserta dikehendaki menambah apa-apa jenis gambar mengikut kesesuaian.




Tarikh : 16.01.2009 (Jumaat)

Aktiviti : Indian Craft

Penyertaan : 25 orang kanak-kanak

Penerangan : Peserta diberikan gambar orang indian yang tidak bercantum, peserta dikehendaki mewarna, mengunting dan kemudian mencantumkan semua anggota menjadikan gambar yang lengkap dan menambah apa-apa lukisan untuk lebih mencantikkan gambar tersebut.





Tarikh : 17.01.2009 (Sabtu)

Aktiviti :Kenali buah-buahan, potong dan tampal

Penyertaan : 33 orang kanak-kanak

Penerangan :Peserta diberikan gambar bear bersama gambar buah-buahan, peserta dikehendaki mewarna, mengunting dan kemudian melekatkan gambar buah-buahan tersebut pada gambar bear mengikut kreativiti sendiri.


0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com / Header Butterfly by Pixels + Ice Cream