PENGENALAN

Perpustakaan Desa adalah sebuah perpustakaan kecil yang ditempatkan di suatu kawasan yang mempunyai ramai penduduk. Tujuan penubuhan perpustakaan desa adalah untuk memudahkan masyarakat menikmati kemudahan pembacaan walaupun jauh dari pusat bandar.

Ia merupakan satu cawangan yang kecil dan sebuah pusat yang akan memberikan perkhidmatan dan memenuhi keperluan masyarakat setempat.

Perpustakaan desa diwujudkan adalah untuk membolehkan masyarakat luar bandar menikmati kemudahan pembacaan dan prasarana ilmu yang lengkap dan menyeluruh. Dengan ini, ia akan dapat membantu mempertingkatkan pencapaian pendidikan pelajar melalui penyediaan bahan-bahan tambahan dan menimba ilmu pengetahuan.

Di samping itu, penwujudan perpustakaan desa juga akan membangunkan minda masyarakat luar bandar melalui bahan bacaan yang disediakan. Kesedaran kepada kepentingan ilmu pengetahuan ini dapat di pupuk melalui penubuhan pusat pembelajaran seperti perpustakaan desa.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Di antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti :

* Menyediakan perkhidmatan pinjaman buku
* Perkhidmatan rujukan
* Perkhidmatan komputer - melayari internet secara percuma
* Mesin pengimbas dan mesin pencetak
* Menyediakan bahan bacaan ringan seperti majalah dan suratkhabar
* Mengadakan pusat pencarian maklumat secara berkomputer melalui bahan-bahan berbentuk multimedia
* Kesedaran semasa
* Mengadakan aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa
* Promosi Galakan Membaca di tempat anda.

PROSEDUR PENDAFTARAN

Borang perlu diisi dengan betul dan lengkap

Kanak-kanak : Salinan sijil kelahiran atau mykid
Dewasa : Salinan kad pengenalan
Keluarga : Salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan beserta gambar berukuran pasport setiap seorang yang ingin didaftarkan.

KATEGORI KEAHLIAN

KK :- Kanak-kanak (13 tahun ke bawah)
DE :- Dewasa
KE :- Keluarga ( ibu / bapa / penjaga dan anak di bawah umur 21 tahun serta borang permohonan hendaklah dikemukakan bersama)

CONTOH KAD KEAHLIAN PERPUSTAKAAN

   
 


Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang telah menetapkan syarat-syarat keahlian seperti berikut:

** Keahlian adalah percuma
** Kad keahlian tidak boleh di pindah milik
** Seorang ahli boleh meminjam 4 buah buku dan 1 majalah untuk tempoh 2 minggu
** Kehilangan atau kerosakan kad pinjaman hendaklah di laporkan segera
** Tempoh sah keahlian adalah 1 tahun dari tarikh mula mendaftar.

 
 

Blog Template by YummyLolly.com / Header Butterfly by Pixels + Ice Cream