Funny Egg

Tarikh : 26.03.2010 @ Jumaat

Aktiviti : Funny Egg

Penyertaan : 10 orang kanak-kanak

Penerangan : Membentuk gambar telur menjadikan kartun yang menarik. Mudah dan menarik. Mari mencuba..

Michelle Yeoh ikon kempen membaca

Sumber : Utusan Malaysia @ 20.03.2010

KUALA LUMPUR 19 Mac - Pelakon antarabangsa, Datuk Michelle Yeoh akan menjadi ikon dalam kempen membaca anjuran Perpustakaan Negara bagi merangsang minat membaca orang ramai melalui program 'Marilah Membaca 1Malaysia' pada bulan depan.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Seai Kie berkata, pemilihan itu bertujuan memberi galakan kepada rakyat dalam usaha menyemarakkan budaya membaca.Menurutnya, pemilihan itu dibuat berdasarkan imej sihat yang dipaparkan oleh tokoh tersebut yang boleh menjadi inspirasi kepada masyarakat berbilang kaum.


''Michelle Yeoh dijangka kembali ke tanah air pada 17 April ini bagi memulakan kempen membaca yang akan dianjurkan, khususnya bagi mendekati masyarakat Tionghua,'' katanya pada sidang akhbar program Mari Membaca 1Malaysia di sini hari ini.Beliau berkata, sebelum ini Perpustakaan Negara telah melantik Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie untuk tujuan yang sama.


''Seorang lagi tokoh daripada kaum India akan dikenal pasti untuk memupuk semangat membaca di kalangan masyarakat,'' katanya.Michelle Yeoh yang lahir di Ipoh pernah berlakon dalam filem James Bond berjudul Tomorrow Never Dies, selain pernah menyandang gelaran Ratu Cantik Malaysia pada tahun 1983.


Sementara itu Seai Kie berkata, sebanyak 1,000 buah sekolah menengah di negara ini akan mendapat sumbangan buku daripada kementeriannya dengan kerjasama Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia.Sumbangan tersebut bertujuan menjayakan sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia pada 23 April ini selain mempromosikan budaya membaca.


''Setiap sekolah akan mendapat bahan bacaan terdiri daripada bahasa Melayu, Cina dan Inggeris dengan isi kandungan pelbagai bidang sesuai dengan bacaan umum.''Kita akan beri buku-buku ini seawal yang mungkin secara berperingkat dan menjelang April ini semua sekolah tersebut akan mendapat sumbangan yang diberikan.


''Ini juga merupakan kesinambungan daripada program Mari Membaca 1Malaysia yang telah dilancarkan pada 2 Mac lalu,'' katanya.

Wayang Badut

Tarikh : 13.03.2010 @ Sabtu

Aktiviti :Wayang badut (versi terbaru)

Penyertaan : 12 orang kanak-kanak 1 orang dewasa

Penerangan : Aktiviti kali ini cuba menengahkan hasil karya yang dari dulu kala iaitu wayang kulit tetapi telah di versikan wajah baru...peserta perlu menyiapkan dulu gambar badut dan apabila sudah siap ia boleh di gunakan untuk persembahan puppet juga.




GLITTER BUNNIES IN BASKET

Tarikh : 12.03.2010@ Jumaat

Aktiviti : Glitter Bunnies In Basket

Penyertaan : 16 orang kanak-kanak

Penerangan : Mewarna, mengunting, melekat dan menghiaskan gambar mengikut kreativiti masing-masing.





Penanda Buku

Tarikh : 20.02.2010 @ Sabtu

Aktiviti : Penanda Buku Berbentuk Tali Leher

Penyertaan : 13 orang kakak-kanak

Penerangan : Mewarna bentuk tali leher kemudian gunting...


 

Blog Template by YummyLolly.com / Header Butterfly by Pixels + Ice Cream