Majlis Anugerah JKKK Terbaik Pulau Pinang.



Majlis Anugerah JKKK Terbaik Pulau Pinang.

Anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Tarikh : 23hb.Dis 2009 @ Rabu.

Bertempat :Di Dome Komtar, Penang.

Masa : 8.30mlm – 11.00mlm

Keputusan Pertandingan:

Tempat Pertama : JKKK Pondok Upeh

Tempat Kedua : JKKK Titi Teras

Tempat Ketiga : JKKK Kg Seronok


Aspek Penilaian :


1. Pengurusan & Pentadbiran -30%
2. Inovasi & Kreativiti - 20%
3. Program & Aktiviti - 20%
4. Komitmen - 10%
5. Keselamatan - 20%

Tahniah di ucapkan kepada semua penduduk kampung Titi Teras yang terlibat secara langsung & tidak langsung dalam penglibatan anda bagi mencapai wawasan.

Perpustakaan Desa Titi Teras juga secara tidak langsung membantu pemarkahan dalam aspek Program & Aktiviti ...semoga kita semua seiring dalam pembangunan masyarakat.

Align Center

Tahniah Di Ucapkan kepada Pengerusi JKKK Titi Teras En. Mohd Tuah

Membaca dalam tren dilancar

Keratan Akhbar : Utusan Malaysia 08.12.2009-Selasa, Dalam Negeri

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Program Membaca 1Malaysia dilancarkan hari ini bagi meningkatkan amalan membaca di dalam pengangkutan awam khususnya kereta api di kalangan rakyat Malaysia.

Bertemakan Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan Bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), program tersebut menjadikan semua gerabak KTMB dilengkapi dengan sudut bacaan.

Sudut bacaan tersebut berupa rak besi yang memuatkan sekurang-kurangnya 50 bahan bacaan ringan termasuk majalah dan buku cerita dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.

Pelancaran program berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Seai Kie di dalam tren khas ke Ipoh hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan program berkenaan, beliau berkata, statistik Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menunjukkan Malaysia menduduki tangga kedua terakhir dalam senarai celik huruf negara ASEAN dan Asia Pasifik.

''Malaysia menduduki tangga ke-11 daripada sejumlah 12 negara yang disenaraikan dengan Vietnam berada pada tangga terakhir.

''Australia, Jepun, Korea dan New Zealand menduduki empat tangga pertama dengan 99 peratus kadar celik huruf. Malah Indonesia juga mendahului Malaysia dengan kadar celik huruf sebanyak 92 peratus berbanding Malaysia iaitu 91.9 peratus,'' katanya.

Tambah Seai Kie, kadar celik huruf sesebuah negara mempunyai kaitan dengan tahap kemajuan negara tersebut.

''Justeru saya berharap Program Membaca 1Malaysia akan dapat memupuk tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia sekali gus meningkatkan peratus celik huruf negara,'' katanya.

Seai Kie menambah, beliau percaya program berkenaan akan mendapat sambutan yang baik daripada penumpang KTMB.

Program Membaca 1Malaysia adalah anjuran KTMB dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan Utusan Melayu (M) Berhad dan Kumpulan Karangkraf sebagai penyumbang bahan bacaan.

Rak buku bagi sudut bacaan dalam gerabak kereta api pula adalah sumbangan Nagasteel Equipment Sdn. Bhd.

Selain sudut bacaan dalam gerabak KTMB, satu bank buku turut dilancarkan di Stesen Sentral bagi memudahkan orang ramai menderma bahan bacaan terpakai untuk diletakkan di sudut bacaan dalam kereta api.

Jelas Seai Kie, bagaimanapun, setiap bahan bacaan yang didermakan akan dinilai kesesuaiannya sebelum diletakkan di sudut bacaan setiap tren.

Sempena pelancaran program Membaca 1Malaysia hari ini juga, sekumpulan kanak-kanak dan wakil media turut dibawa menaiki kereta api shuttle ke Ipoh bagi menyaksikan sendiri pelbagai aktiviti yang dianjurkan sepanjang perjalanan hari ini.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah membaca bersama, mendengar cerita, menyanyi, mewarna, melukis dan menghasilkan kraf tangan.



PENOLONG Pengarah Perpustakaan Negara, Samsul Khamariah Hamzah menyampaikan cerita
kepada sekumpulan kanak-kanak yang mengikuti Program Membaca 1Malaysia
sepanjang perjalanan di dalam gerabak kereta api dari KL-Ipoh, semalam

GIVE + Project

Tarikh : 4.12.2009 @ Jumaat

Aktiviti : Give + project

Penerangan Project

This is an art project via blog.

During the residency, I will ask new friends or people I have encountered to participate this project. They will be asked to provide a subject for me to paint, the finished painting will be given to someone they know. The subject of the painting, by participants' requests, can be anything. After a painting is done, it will be sent via post mail to the receiver.

All participants and receivers of this project then can visit this blog and leave their comments. When I am in Santa Monica, the title is Give+ Santa Monica. When I am in Taipei, the title will be Give+ Taipei. This Project will travel with me for 2years. The ultimate plan is to complete this Project worldwide.

6 easy steps to participate:

1. think of an idea or subject to paint.

2. receive new work within one to two weeks.

3. send the work to the receiver via post mail.

4. visit this blog and leave the comments.

5. leave also videos and photographs will be wonderful as well.

6. come back anytime to add more comments.

The artist as an author will follow participants' requests to paint a new painting. The author has no control of topics, participants' responses and reactions, and whom the receivers and destinations will be. In combination of web 2.0, Internet, and tangible art objects and delivery, this project aims to discover the unexpected: topics, responses, destinations, occupations, human interaction, motivation, etc...

Mentor :

Sue-ching You
Taipei, Taiwan
Professional mixed and multi media artist.
Untuk permulaan asas-asas blog telah di siapkan..tugasan pertama adalah mencari idea atau tajuk untuk berasaskan lukisan...kemudian pada minggu depan hasil tersebut akan di uplordkan ke dalam blog dan seterusnya di hadiahkan untuk kawan....

Sepanjang projek tersebut..untuk permulaan Sue Ching You hanya mahukan 4 orang dan ia akan berkembang dari masa semasa..antara peserta yang terpilih...pada adik-adik yang lain jangan risau semuanya boleh terlibat nanti....










Untuk melihat hasil project tersebut bolehlah melayari http://giveplusproject2.blogspot.com/ nanti.

Ini untuk mengenai Sue Ching You dari lebih dekat lagi...http://suechingyou.blogspot.com/

Buliten Akhbar Program Galakan Membaca

Akhbar : Sinar Harian

Tarikh : 01.12.2009 @ Selasa

Ruangan: Tanjung2 @U21





Program Galakan Membaca "Keluarga Sejahtera"



Tarikh : 21.11.2009 - Sabtu

Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari

Bertempat : Perpustakaan Desa PNM Titi Teras

Anjuran Bersama : Agensi AntiDadah Kebangsaan, Bank Rakyat, Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti Titi Teras & Perpustakaan Desa Titi Teras.



Antara Program Yang Di adakan:

Senaman Aerobik & Cabutan Bertuah
Di kendalikan Oleh Pn. Salmah dan kumpulan dari Hospital Balik Pulau
Hampir 55 orang kanak-kanak & 38 dewasa telah menyertainya.





Pertandingan Mewarna - Anjuran Bank Rakyat
Kategori 1 : 4-6 thn: 24 org kanak-kanak
Kategori 2 : 7-9 thn : 16 org kanak-kanak
Kategori 3 : 10-12 thn : 15 org kanak-kanak







Pertandingan Leggo
Berumur 8 tahun - 12 tahun
Penyertaan : 33 orang kanak-kanak (1 kumpulan 3 org)





Pertandingan Pakaian Beragam
Berumur : 4 thn - 7 thn
Penyertaan : 12 orang kanak-kanak



Pertandingan Masakan (Puding & Agar-agar)
Kategori Dewasa (Terbuka)
Penyertaan : 11 orang









Pertandingan Bacaan Jawi
terbuka Untuk Dewasa & remaja
Penyertaan : 15 Remaja & 10 Dewasa





Ceramah Kempen Anti Dadah daripada Agensi AntiDadah Kebangsaan & Kuiz

Di sampaikan oleh : Pn. Nursida Laili Bt Aisha




Hadiah Kuiz


Ceramah Produk Kesihatan Pemakanan daripada Usana Helth Science
Di sampaikan oleh Dr. Reza (Usana Speaker) & En. Ismadi ( Usana Speaker Northen)





Majlis Penutup:
Bacaan Doa oleh Tuan Hj Kassim Bin Darus
Ucapan Pengerusi Jawatankuasa Perpustakaan oleh Tuan Hj. Shabudin Bin Shaari


Ucapan dari Ketua Pegawai AADK Balik Pulau En Aman Bin Mustafa
Majlis Penutup oleh YB Sr Hj Muhamad Farid Bin Hj. Saad



Penyampaian Cenderahati dari AADK & Penyampaian Hadiah








Pameran-pameran
Klinik Kesihatan Air Putih
Agensi AntiDadah Kebangsaan
Bank Rakyat Cawangan Bayan Baru
Usana Helth Sciences
Permata Hijrah





Lawatan YB ke Perpustakaan





Pose Si Nuri...memeriahkan lagi suasana program









Jamuan Makan





Gambar Lain-lain sepanjang program








Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sepenuhnya program kali ini. Alhamdullilah syukur progam kali ini berjalan dengan lancarnya dan lebih baik dari tahun-tahun lebih..Sokongan dan penglibatan anda semua amatlah di hargai..

 

Blog Template by YummyLolly.com / Header Butterfly by Pixels + Ice Cream