Toilet Paper Roll Craf..

Aktiviti kali ini kita guna bahan kitar semula..emm guna roll toilet yang selalu di buang..kumpul paper roll tu banyak-banyak pastu dah leh buat aktiviti.

TQ bebanyak pada staf PPAPP Caw B. Pulau Kak Liza because sudi simpankan untuk kita..memang banyak permintaan tapi mcm pepatah la kan first come first serve...siapa cepat dia dapat lor..

Tengah syok dok buat aktiviti kali ini, tak teringat nak kira berapa paper roll yang ada..yang datang buat aktiviti kali ini agak ramai la gak..37 orang

Alamak!! tak cukup la ada 27 aje maknanya tak cukup gi 10 roll..tak da maknanya gi, adik-adik tu semua semangat dah buat sorang-sorang tak berpasangan sebab dari tadi dah bagitau aktiviti kali ini boleh bawa balik, sebab boleh di jadikan tempat letak pensil..

Kita try calling staf Caw B. Pulau, nasib baik ada stok gi..kita pinjam jer dulu yer...so cukup la untuk adik-adik semua..

Tarikh : 21.02.2009

Aktiviti : Toilet Paper Roll Craft

Penyertaan : 5 dewasa & 32 Kanak-kanak

Penerangan : Warna gambar pilihan, gunting dan tampal pada paper roll



Jom tengok hasilnya

Teddy Tell The Time

Salam semua...agak pening la nak aturkan aktiviti apa yang nak di adakan..
al-maklumlah..adik-adik kat sini tak nak aktiviti yang sama berulang-ulang...
boring la kak asyik buat aktiviti tu aje..ari tu kan dah buat...

Alamak..kontoi kakak kali nie..jadi bila ada kelapangan kakak cari la juga aktiviti yang menarik perhatian...Kadang-kadang dia orang yang kasi idea...tu yang best tu

Cari punya cari ahhh jumpa dah..Di fikir2 tak pernah gi buat jam...ok la tu kan..

Tarikh : 20.02.2009

Aktiviti : Teddy tell the time

Penyertaan : 28 kanak-kanak

Penerangan : Mereka bentuk jam dinding yang bercorak teddy bear, bird and tiger...

Jom kita tengok step by step

Mula-mula lukiskan bentuk nombor lapan, kemudian gunting dan lekatkan di atas manila kad

Kemudian, lukiskan gambar tambahan seperti kaki, tangan, telinga dan lain-lain

Hampir siap..kemudian warnakan mengikut kreatifviti masing-masing..tuliskan nombor dan lekatkan anak panah..siap la..

Antara hasil yang menarik

Biodata Ku

Aktiviti kali ini adalah satu keperluan untuk pengguna kanak-kanak untuk membantu dalam menyiapkan folio masing-masing.

Belajar bagaimana untuk menyiapkan ruangan "biodata" yang ada kalanya tersenarai dalam tajuk folio.

Aktiviti kali ini agak menarik, memandangkan peserta boleh berkongsi dan bertukar-tukar biodata untuk mengenali rakan mereka dengan lebih rapat lagi.

Untuk permintaan peserta juga, di selitkan serba sedikit tentang diri saya untuk tatapan semua..he he he..

Tarikh : 14.02.2009

Aktiviti : Biodata ku

Penyertaan : 31 orang kanak-kanak

Penerangan : Belajar menulis biodata masing-masing untuk keperluan menyiapkan tugasan folio




Kenali Diri Saya

Nama : Rosidah Binti Romli

Nama Panggilan : Shida

Status : Berkahwin

Nama Anak : Damia Maisarah Bt Mohd Khairulnizam

Umur : 29 tahun

Tarikh Lahir : 21.12.1980

Tempat Lahir : Perak

Itu ajer kot..leh la ...

Postor..postor

Kakak..ada postor la..

Postor? (terfikir sekejap) Oooo surat ekk he... he teringat plak cerita P.Ramlee (Ahmad Albab)

Itu la keadaan aktiviti kemarin, bukannya buat karangan surat tapi buat poskad untuk kengkawan..masing-masing nak hantar poskad yang dicipta tu melalui pos..

Maaf la tak dapat berbuat demikian, memandangkan kakak tak sediakan setem..kalau nak juga nanti adik-adik balik lekat kan setem kemudian boleh la poskan..okey

Tarikh : 13.02.2009

Aktiviti : Membuat poskad

Penyertaan : 33 orang kanak-kanak

Penerangan : Peserta di kehendaki mencipta satu poskad untuk di berikan kepada kengkawan mereka. Contoh poskad di tunjukkan supaya peserta mendapat gambaran untuk membuatnya.

Colour By Code

Tarikh : 07.02.2009

Aktiviti : Colour by code

Penyertaan : 18 orang kanak-kanak

Penerangan : Peserta perlu mewarna mengikut code warna yang telah di berikan.

SpongeBob

Aduhai..pening gak nak mengatur permintaan pengguna tambah-tambahan kanak-kanak...

Kak minggu kita buat aktiviti spongebob nak tak...spongebob? alahai nak kena cari bahan ini...

Cari punya cari ada gak Spongebob tu...

Nie dia hasilnya...

Tarikh : 30.01.2008

Penyertaan : 25 org kanak-kanak

Aktiviti : Spongebob

Penerangan : Potong dan cantum gambar spongebob







 

Blog Template by YummyLolly.com / Header Butterfly by Pixels + Ice Cream