Postor? (terfikir sekejap) Oooo surat ekk he... he teringat plak cerita P.Ramlee (Ahmad Albab)
Itu la keadaan aktiviti kemarin, bukannya buat karangan surat tapi buat poskad untuk kengkawan..masing-masing nak hantar poskad yang dicipta tu melalui pos..
Maaf la tak dapat berbuat demikian, memandangkan kakak tak sediakan setem..kalau nak juga nanti adik-adik balik lekat kan setem kemudian boleh la poskan..okey
Tarikh : 13.02.2009
Aktiviti : Membuat poskad
Penyertaan : 33 orang kanak-kanak
Penerangan : Peserta di kehendaki mencipta satu poskad untuk di berikan kepada kengkawan mereka. Contoh poskad di tunjukkan supaya peserta mendapat gambaran untuk membuatnya.
0 comments:
Catat Ulasan