Kelas Masakan Kuih Talam

Tarikh : 07-08-2010 @ Sabtu

Aktiviti : Kelas Masakan Kuih Talam Suji & Talam Cendol

Penyertaan : 13 orang dewasa

Penerangan : Dua jenis kuih talam kali ini, iaitu talam suji dan cendol. Pn Esah selaku pengajar adalah salah seorang penduduk kampung yang mahir dalam masakan tradisonal mahupun moden. Langkah-langkah yang ditunjukkan juga senang diikuti malah mendapat permintaan untuk mengadakan kelas-kelas masakan yang akan datang.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Esah yang sudi berkongsi resepi dan murah hati memberi pasa peserta menu lain yang di bekalkan bersama iaitu kek chifon dan talam keladi.





Pn. Esah sedang menunjukkan cara-cara membuat kuih talam



Dah siap kuih talam suji dan kuih talam cendol



Untuk setiap peserta ...boleh la rasa sedap...

Kelas Masakan Nasi Beriani & Kuzi Ayam

Tarikh : 31.07.2010 @ Sabtu

Aktiviti : Kelas Masakan Nasi Beriani & Kuzi Ayam

Penyertaan : 10 orang dewasa

Penerangan : kelas memasak kali ini bertemakan nasi kenduri..kali ini Pn Sarimah sudi berkongsi resepi hasil daripada kelas yang beliau hadiri di kolej komuniti. Ilmu yang di terima di kongsi bersama. Bonus untuk menu pada hari tersebut ialah Acar Masak.

Jom lihat gambar-gambar sekitar program



Pn. Sarimah sedang menunjukan cara-cara memasak kuzi ayam



Kuzi ayam yang telah siap



Diagih-agihkan kepada peserta yang hadir



Pembantu Pn. Sarimah pula Pn. Sakriah menunjukkan cara memasak nasi beriani



Acar masak yang telah siap.

Untuk makluman semua, gambar nasi beriani tak sempat diambil..so tiada la gambar..

Semarak Jawi

Tarikh : 29-07-2010@ Khamis

Program : Semarak Jawi
Anjuran Bersama Madrasah Al- Nahdzah Al-Shuun Ad- Diniah
, Titi Teras Pertandingan Baca Jawi (Tahap 1 & Tahap 2) 10 penyertaan
Cekap Minda ( Tahap 1 & Tahap 2) 40 penyertaan

Penerangan: Semarak Jawi kali ini mendapat kerjasama daripada ustaz dan ustazah yang mengajar di Madrasah tersebut. Tujuan program ini, adalah untuk meningkatkan kemahiran para pelajar dalam bahasa mahupun tulisan jawi.

Untuk bacaan jawi : Peserta perlu membaca buku cerita dalam bahasa Jawi dan di adili mengikut kelancara, sebutan, intonasi dan tertib ketika membaca.

Untuk cekap minda pula antara soalannya seperti teka silang kata, mencari perkataan yang tersembunyi dan mempertejemahkan cerita jawi dalam bahasa rumi.

Sekitar program berlangsung.



Bacaan Jawi tahap 1 dinilai oleh Ustaz Sufian



Bacaan Jawi tahap 2 di nilai oleh Ustaz Majid





Cekap Minda





Hadiah adalah hasil sumbangan Madrasah & Perpustakaan
 

Blog Template by YummyLolly.com / Header Butterfly by Pixels + Ice Cream