Aktiviti kali ini ada kelainan sikit, tetapi penyertaannya amat mengalakkan. Sebenarnya dah lama merancang untuk buat aktiviti ini, malangnya asyik tertangguh. Alhamdulillah bila dah dapat masa dan tarikh yang sesuai akhirnya dapat juga menjayakannya.
Tarikh : 07.03.2009
Aktiviti : Membuat sandwish sardin bakar
Penyertaan : 48 orang kanak-kanak
Mentor : Cik Nur hidayah bt Roslan dan dibantu oleh Cik Nurul Haida Bt Yahaya
Penerangan : Bahan-bahan seperti roti, sardin, timun, tomato, bawang di sediakan oleh petugas perpustakaan. Pertama sekali memberi sedikit penerangan tentang bahan-bahan masakan, cara penyediaan dan membuat demo sebagai contoh kepada peserta. Para peserta dibahagikan kepada tujuh kumpulan, satu kumpulan ada yang enam dan tujuh orang ahli.
Jom kita lihat bahan-bahan masakan.
Demo
Peserta yang sedang mencuba
Hasilnya