Umat Islam Umat Membaca

Galakan membaca mestilah bermula seawal usia kanak-kanak lagi, sekali gus ia kekal menjadi budaya sepanjang hayat mereka.

Utusan Malaysia 
07 Mei 2013 Selasa

 Oleh UMAR MUHAMMAD NOOR


BEBERAPA hari yang lepas saya sempat berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Saya melihat pelbagai judul buku dalam pelbagai bahasa pada acara tersebut. Sambutan masyarakat pun turut menggalakkan. Terlihat dengan rombongan para pengunjung yang berpusu-pusu memenuhi kaunter-kaunter buku yang tersedia.
Pemandangan ini sangat menggembirakan hati. Tidak salah jika dikatakan bahawa umat Islam adalah umat membaca. Itu terlihat dengan wahyu pertama yang berisi perintah untuk membaca. Perintah ini kemudiannya menjadi inspirasi kepada tokoh-tokoh intelektual Islam untuk terus menulis dan membaca.

Jika kita mengkaji riwayat hidup tokoh-tokoh intelektual Islam sepanjang sejarah, jelas sekali semangat membaca yang sangat mengagumkan.
Mereka membaca pada setiap masa dan di setiap tempat. Mereka tidak suka masa berlalu tanpa menelaah.

Diriwayatkan, Muhammad bin Al-Hasan tidak pernah tidur di waktu malam.
Murid Imam Abu Hanifah itu selalu menghabiskan malamnya membaca buku. Pelbagai buku diletakkan bersebelahan dengan dirinya. Apabila bosan dengan satu buku, beliau beralih kepada buku yang lain.

Begitu juga Imam Ahmad bin Yahya, seorang pakar tafsir yang dikenali dengan gelaran Tha’lab.
Beliau selalu membawa buku ke mana sahaja beliau pergi. Setiap kali dijemput menghadiri walimah, beliau mensyaratkan agar disediakan tempat khas bagi beliau untuk meletakkan buku dan membaca.

Ibnu Rusyd, ahli fiqih dan falsafah terkenal selalu membaca buku setiap saat. Beliau tidak pernah berpisah dengan buku sepanjang hidupnya kecuali pada dua malam sahaja, iaitu malam beliau menikah dan malam ayahnya meninggal dunia.

Al-Zahabi menceritakan dalam Siyar A’lam Al-Nubala bahawa setiap kali ‘Amr bin Bahr Al-Jahiz memegang satu buku, beliau akan membacanya hingga khatam. Buku apa pun itu. Demikian cinta ulama kita kepada buku.

Media ilmu 

Buku bukan hanya media ilmu, malah adalah cermin ketamadunan. Menurut Ibnu Khaldun, apabila buku diciptakan, umat manusia seolah-olah mengalami satu anjakan baru dalam hidup mereka. 

Sebab sebelumnya manusia primitif hanya memiliki huruf-huruf dan gambar-gambar yang mereka guriskan di atas batu.

Oleh itu, membaca adalah ciri manusia moden. Orang yang suka membaca terdedah kepada pelbagai ilmu dan idea baru. Mindanya boleh berziarah ke tempat-tempat yang sangat jauh. Ia juga boleh berkunjung masa lalu dan membayangkan masa hadapan. Semakin banyak buku yang dibaca, semakin luas dan terasah minda kita.

Buku juga satu-satunya media yang menghubungkan kita dengan tokoh-tokoh terdahulu. Buku memperkenalkan kita dengan peribadi Rasulullah SAW, keberanian para sahabat, dan keluasan ilmu para tabiin. Siapa yang sering membaca buku, seolah-olah ia tengah duduk berbincang dengan tokoh-tokoh besar ini.

Seseorang bertanya kepada Imam Abdullah bin Al-Mubarak: “Kenapa anda jarang sekali duduk berbincang bersama kami?"

Beliau menjawab: “Aku lebih suka duduk bersama para sahabat dan tabiin. Aku melihat ke dalam buku-buku dan tulisan-tulisan mereka." Diriwayatkan oleh Al-Khatib Al-Baghdadi dalam Taqyid Al- ‘Ilm.

Siapa yang malas membaca, maka terputuslah hubungannya dengan Allah SWT, Rasulullah SAW dan ulama-ulama salaf soleh.

Siapa yang putus hubungan dengan mereka, sudah pasti ia akan tersesat dalam memahami hakikat dan tujuan hidupnya di muka bumi ini. Ia akan hidup tanpa arah dan pegangan. Pada saat itu, syaitan akan sangat mudah mengheretnya ke lembah kekufuran.

Lantaran itu, bacalah buku, maka anda akan hidup dalam cahaya ilmu selama-lamanya.
 

Door To Door (Tadika Al Azhar)


 Tarikh :3 Mei 2013 - Jumaat

Tadika Al Azhar Balik Pulau Bersama PD Zon 7 Pulau Pinang

 
Kunjungan PD Zon 7 Pulau Pinang
 ( Perpustakaan Desa Sungai Pinang Perpustakaan Desa Teluk Kumbar PD Pnm Titi Teras)
Antara aktiviti di jalankan seperti Taklimat Perkhidmatan Perpustakaan, Kraf Jambangan Bunga Sempena Hari Ibu, Bercerita "Singa dan Si Tikus", Permainan Lego dan 5minit Mari Membaca...

 
Hasil adik-adik "jambangan bunga untuk ibu"


Antara aktiviti yang di jalankan.

Program Sehari Bersama MARA

Tarikh : 1 Mei 2013 (Ahad) 
Giat MARA Balik Pulau Bersama PD Zon 7 Pulau Pinang 


Jemputan Daripada Pihak Giat MARA Balik Pulau untuk bersama-sama menjayakan Pertandingan Mewarna di samping itu juga Perpustakaan Zon 7 Pulau Pinang ( PD Pnm Titi Teras Perpustakaan Desa Teluk Kumbar, Perpustakaan Desa Sungai Pinang) telah mendakan Pameran Bahan Bacaan, Pendaftaran Keahlian & Aktiviti Uji Minda

Penyertaan Yang Amat Mengalakkan 
Kategori A : 4-6 thn & Kategori B:7-9 thn

 
 Antara hasil yang menambat hati juri

 Tahniah kepada adik-adik yang berjaya!!!

 

Blog Template by YummyLolly.com / Header Butterfly by Pixels + Ice Cream