Pertandingan Mewarna Sempena Karnival Buku 2008

Karnival Buku 2008 telah berlangsung dengan jayanya di Perbadanan Perpustakaan Pulau Pinang dari 17 Disember hinggalah 21 Disember 2008.

Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah di adakan untuk memeriahkan lagi karnival buku kali ini.

Perpustakaan Desa PNM Titi Teras sempat mengambil bahagian pada pertandingan mewarna yang di adakan pada 18 Disember 2008 yang lalu. Seramai 4 peserta telah mengambil bahagian...

Pertandingan mewarna kali ini agak mencabar, memandangkan semua peserta menunjukkan kepakaran masing-masing...walaubagaimanapun salah seorang peserta telah berjaya memenangi pertandingan mewarna tersebut dan mendapat tempat ketiga.

Kepada peserta lain, jangan putus asa...cuba lagi pada pertandingan akan datang. jadikan pengalaman ini sebagai secetus semangat untuk masa depan...





Gerai Jualan Pelbagai Jenis Buku oleh Syarikat Adam






Sesi Pendaftaran




Ketika Pertandingan Sedang Berlangsung





Peserta dari PD PNM Titi Teras
Mesti duduk dekat-dekat dengan kawan...asyik bersembang akhirnya lambat siap ler..



Nor Shahirah Bt Abdul Jabbar - Pemenang Tempat Ketiga



Sedang menunggu keputusan pertandingan...




Wajah -wajah pemenang...penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah PPAPP Puan Shukriah Bt Hj. Yon







Lukisan Pemenang Tempat Pertama

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com / Header Butterfly by Pixels + Ice Cream